Dosa terampun bila isteri bersalaman dengan suami

Posted on October 21, 2009 by ayang-noorul.
Categories: Suami & Isteri.

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. ”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredaan Allah melalui keredaan suami.

 

 

 

 

Bookmark and Share

Kisah 5 Sahabat

Posted on by ayang-noorul.
Categories: Ceritera.

 

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri. CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

 

“KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong saya!” teriak CINTA. Lalu apa jawab KEKAYAAN, “Aduh! Maaf, CINTA!” kata KEKAYAAN. “Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. saya tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini.” Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam. CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.

 

“KEGEMBIRAAN! Tolong saya!”, teriak CINTA. Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.

 

“KECANTIKAN! Bawalah saya bersamamu!”, teriak CINTA. Lalu apa jawab KECANTIKAN, “Wah, CINTA, kamu basah dan kotor. saya tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini.” sahut KECANTIKAN. CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan saya. Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas, “Oh, KESEDIHAN, bawalah saya bersamamu”, kata CINTA.

 

Lalu apa kata KESEDIHAN, “Maaf, CINTA. saya sedang sedih dan saya ingin sendirian saja…”, kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah saya, apa jadinya dunia tanpa saya, tanpa CINTA? Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, “CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!”

 

CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sadar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu. “Oh, orang tua tadi? Dia adalah “WAKTU”, kata orang itu.

 

Lalu CINTA bertanya “Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? saya tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku”, tanya CINTA heran. “Sebab”, kata orang itu, “hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu……”

Bookmark and Share

Madah Berperi 3

Posted on by ayang-noorul.
Categories: Kata-kata Hikmah.

 

 

“Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,Harta itu satu tamu yang akan berangkat,Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”.
 

” Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita makadengan sendirinya cinta itu akan hadir”
 

” Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cintajua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri”

“Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencarisahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang ygmensia-siakan sahabat yg telah dicari”( Saidina Ali)

” Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripadaharta benda yg diwarisi dari nenek moyang”(Saidina Ali)

“Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanyapinjaman dan mati tak berteman..”

” Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya makaia akan menjagamu, dan jika engkau  membiarkannyamaka ia tidak akan mempedulikanmu”

“Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapatmenguasai dirinya sendiri”

“Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang,Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”

“Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan,sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.”

“Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.”

“Apa yang diperolehi dalam hidup ini,adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.”

“Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat.Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapaiyang tertinggi.”

“Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.”

“Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.”

“Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”

“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”

“Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermaknajika tidak melakukan perkara yang betul.”

“Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”

“Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.”

 

 

 

 

 

 

 

Bookmark and Share

Madah Berperi 2

Posted on by ayang-noorul.
Categories: Kata-kata Hikmah.

JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN
DEMI  SAHABAT ANDA TERSEBUT,
JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH DEMI   PERSAHABATAN KALIAN.
 

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana
Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

” USAH  DITURUTI  REAKSI  EMOSI,LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI “ 

WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANGRUSUKATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAHUNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADADAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN   BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAIDAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.
 

” Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,itu adalah mulia dan terpuji.”(La Roche)

“Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan.Manusia boleh membentuk  seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”

” Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala bolehmenjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerimasesuatuatau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan”

” Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Iaadalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnyabagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidaksanggup menerima penderitaan.( Harieta Wahab)

Hadiah Terbaik

Kepada kawan - KesetiaanKepada musuh - KemaafanKepada ketua - KhidmatKepada yang muda - Contoh terbaikKepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.Kepada pasangan - Cinta dan ketaatanKepada manusia - Kebebasan

” Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggalleher seorang lelaki.( A.L Alek Wong)

” Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya.Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya.”

“Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan.Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan”
 

” Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakansatu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan”

” Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat”

” Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidupseperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”

” Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalahberamal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat”

“Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,Harta itu satu tamu yang akan berangkat,Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”.

 

 

 

 

 

 

 

 

Bookmark and Share

Madah Berperi 1

Posted on by ayang-noorul.
Categories: Kata-kata Hikmah.

    • Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.
    • Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor
    • Satu ciuman yang mesra adalah satu ciuman yang tidak  membawa apa apa makna keranadisebaliknya ia akan membawa  kemudaratan,tetapi satu ciman yang pantas ia nya menyingkapseribu makna yang tersirat disebalik yang tersurat……”
    • Kekasihku,dalam setiap degupan jantungku ada kasihku padamu dan selagi mana jantungku masih berdegup,selagi itulah aku kan terus mengashimu.
    • “buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan”
    • “cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akanberpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi”
    • Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal  mengatatakan wanita cantikatas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
    • Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia  bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
    • Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca  kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa  itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu.
    • pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu  pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan  membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadatkerana beribadat    itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
    • Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka  siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu,maka Aku akan  menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…
    • SAHABAT YANG BAIK ADALAH YANG ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.
    • “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata  yang bersinar-bersinar,tetapi tidak melihat apa-apa”
    • “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kitawalaupun  terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”
    • “Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair”
Bookmark and Share

AidilFitri Pertama Bersama Saiful Azam Iskandar

Posted on September 29, 2009 by ayang-noorul.
Categories: Uncategorized.

Alhamdulillah, ramadhan berakhir, syawal pula menjelma. Raya tahun ini disambut menandakan kesyukuran dan meraikan kejayaan umat islam berpuasa selama sebulan melawan nafsu dan kehendak. Raya ini adalah raya pertama aku sekeluarga bersama baby azam. Yelah tahu lepas aku tahu aku mengandung beberapa hari sebelum aidilfitri… so baby azam masih dalam perut lagi la waktu tu… Baju raya azam tahun ni 4 pasang. Purple-2,coklat-1, biru-1. Kemeriahannya tertumpu pada dia. Kemeriahan sedikit pudar kerana adik dan abang sulong ku terpaksa beraya di JORDAN tahun ini. namun kakak ipar dan anak buahku Muaz ada bersama kami…

Bookmark and Share

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Posted on September 16, 2009 by ayang-noorul.
Categories: Uncategorized.

KAMI SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

SEMOGA AIDILFITRI KALI INI MEBAWA SERIBU KEBAHAGIAN BUAT SEMUA

SALAM PENUH IKHLAS

SAIFUL NAZRI BIN A. RAHMAN & NOORUL IMMA BINTI DAHALAN

SAIFUL AZAM ISKANDAR BIN SAIFUL NAZRI

Bookmark and Share

Tips-Tips Memahami Bayi Anda & Mengelakkan Bayi Anda Meragam

Posted on by ayang-noorul.
Categories: Ibu Bapa.

1.Elakkan bilik dalam keadaan panas dan terlalu sejuk. Pakaikan pakaian tidur yang nipis. Bayi adakalanya terjaya waktu malam kerana kepanasan. Suhu bilik adalah terbaik untuk bayi tidur lena.

2.Jadikan waktu tidur rutin setiap hari. Bayi akan secara tidak langsung tahu akan waktu tidurnya. Dia akan tidur dengan sendirinya apabila sampai waktunya.

3.Bilik gelap, suhu bilik dan senyap membantu bayi tidur dengan cepat. Lakukan setiap kali bayi mahu tidur. Bayi yang mendapat tidur yang cukup akan kelihatan segar dan aktif.

4.Tidurkan bayi di tempat yang sama. Secara psikologinya bayi akan tahu bahawa itu adalah tempat tidurnya.

5.Elakkan bermain di tempat tidurnya. Katakan padanya disitu bukan tempat bermain. Sediakan satu tempat untuk dia bermain.

6.Ketika tidurkan bayi, dekatkan diri anda dengan bayi. Tepuk dan gosok belakangnya secara lembut.Bayi anda akan rasa selamat. Lakukan gerakan yang sama sehingga bayi anda tidur.

7.Belajar tanda bayi mahu tidur.Selalu tanda letih seperti menggosok mata, tarik telinga dan meragam. Jika ada, segera bawa ke katil. Dia akan menjadi bartambah letih dan sukar tidur jika gagal berbuat demikian.

8.Jangan biarkan bayi anda menangis terlalu lama kerana lapar. Pastikan sentiasa ada susu yang siap dibancuh dan kekalkan kesuamannya agar dapat diberikan kepada bayi ketika dia lapar. Ini dapat mengelakkan bayi meragam.

Bookmark and Share

SayangKu Azam

Posted on September 10, 2009 by ayang-noorul.
Categories: Uncategorized.

Alhamdulillah, Saiful Azam Iskandar sudah mula pandai meniarap seawal usia 3 bulan…

Kini dah semakin kuat dan sudah mula nak mengesot…

Keletahnya memang menghiburkan…

Bookmark and Share

Renungan Hadis 1

Posted on by ayang-noorul.
Categories: Uncategorized.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:


Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum Muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan dengan-Nya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan. Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam?

Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan. Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu. Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku?

Rasulullah s.a.w bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya penggembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

Kemudian Rasulullah s.a.w membaca Surah Luqman ayat 34 إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيْمٌ خَبِيرٌ Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya. Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ.

Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: Sila panggil orang itu kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tadi ialah Jibril a.s. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka

 

Bookmark and Share